Wednesday, June 18, 2014

BAHAN BAGI BENGKEL KERJA PENGHASILAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU SAINS

Perhatian kepada peserta bagi bengkel kerja penghasilan laman pembelajaran (VLE)

Disini disertakan "Power Point" sebagai panduan untuk untuk anda menyelesaikan tugasan anda. Anda boleh muat turun di bawah ini atau di bahagian muat turun ICT.

Bahan Power Point Bengkel VLE

RALAT :- PERUBAHAN TEMA/TAJUK SOALAN BAGI PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua GPM sekolah kelompok PKG Batu Gajah!

Terdapat sedikit perubahan bagi tema/tajuk pemilihan tokoh nilam yang telah kami edarkan semalam. Disini kami sertakan tema/tajuk yang baru. Anda boleh memuat turun file tersebut di bawah ini.



Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Hanya sedikit pembetulan/perubahan yang dilakukan. Diharap semua GPM dapat mengambil tindakan segera untuk mengelakkan masalah yang berlaku pada hari kejadian tersebut.

Monday, June 16, 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua GPM kelompok PKG Batu Gajah

Pihak PKG Batu Gajah akan melaksanakan Pemilihan Tokoh NILAM seperti berikut :

Tarikh : 24 Jun 2014
Masa  : 2.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat : PKG Gopeng
Keperluan : Seorang calon bagi setiap ketegori iaitu Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

Pihak PKG hanya menyediakan makan dan minuman untuk guru pengiring sahaja. Oleh yang demikian, mohon untuk pihak menguruskan hal makan & minum pelajar yang dibawa tersebut.

Berikut disertakan sekali surat panggilan untuk guru yang terlibat.


BENGKEL KERJA PENGHASILAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU SAINS SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua sekolah kelompok PKG Batu Gajah

Satu bengkel kerja penghasilan laman pembelajara (VLE) untuk guru sains akan dilaksanakan seperti berikut :

Tarikh : 18 Jun 2014 & 27 Jun 2014
Masa  : 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat : PKG Batu Gajah
Keperluan : Komputer Riba, Penyambung Wayar, Dongle 4G YES/ Broadband Sendiri, Huraian Sukatan Pembelajaran

Pihak PKG Batu Gajah telah menghantar surat panggilan ke semua sekolah kelompok melalui Pos Malaysia pada 9 Jun 2014 iaitu pada hari selalsa yang lalu.

Diharapkan kesemua yang terlibat dapat menghadirkan diri ke bengkel tersebut.

Berikut disertakan sekali surat panggilan sekiranya diperlukan.

BENGKEL KERJA PENGISIAN DATA I-NILAM SECARA ONLINE OLEH GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua GPM kelompok PKG Batu Gajah

Satu bengkel kerja bagi pengisian data I-NILAM akan dilaksanakan seperti berikut :

Tarikh : 17 Jun 2014
Masa  : 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat : PKG Batu Gajah
Keperluan : Komputer Riba, Penyambung Wayar, Dongle 4G YES/ Broadband Sendiri, Data NILAM

Pihak PKG Batu Gajah telah menghantar surat panggilan ke semua sekolah kelompok melalui Pos Malaysia pada 9 Jun 2014 iaitu pada hari selalsa yang lalu.

Diharapkan kesemua yang terlibat dapat menghadirkan diri ke bengkel tersebut.

Berikut disertakan sekali surat panggilan sekiranya diperlukan.


Thursday, June 05, 2014

STATUS PENGISIAN CAPAIAN INTERNET SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH PADA 27 MEI 2014

Perhatian kepada semua Guru Data / Penyelaras Bestari/ ICT

Berikut adalah status pengisian capaian internet pada 27 Mei 2014.




Ribuan terima kasih kepada sekolah yang telah memberi kerjasama dalam pengisian kali ini. Diharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam apa jua pengisian data yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.