Thursday, February 13, 2014

STATUS PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Perhatian kepada semua sekolah kelompok!

Status terkini yang kami perolehi dari pihak BTPN Perak, didapati masih ada sekolah yang belum menyelesaikan 4 modul asas didalam sistem tersebut. Diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama menyelesaikan pengisian data tersebut. Disenaraikan sekolah-sekolah yang terlibat seperti di bawah:-

1. SK Kampung Seri Rahmat
2. SK Bakap
3. SJKT Tronoh

Sebarang masalah boleh menghubungi pihak PKG Batu Gajah. Digalakkan untuk mengambil gambar/video semasa permasalahan berlaku untuk mengukuhkan lagi aduan tersebut


Sekian.

Wednesday, February 05, 2014

PROGRAM KHIDMAT BANTU PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK 2014.

Untuk makluman sekolah kelompok, pihak PKG Daerah Kinta Selatan  akan melaksanakan Program Khidmat Bantu Pengisian Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi sekolah daerah kinta selatan yang terlibat seperti ketetapan berikut :-

Tarikh 
:-
6 Februari 2014
Hari 
:-
Khamis
Masa
:-
2.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat
:-
Pusat Kegiatan Guru Gopeng
Sekolah Kelompok Yang Terlibat
:-
1.     SK Kampung Seri Rahmat
2.     SK Bakap
Guru Yang Terlibat
:-
1.     Guru Data
2.     Guru Penyelaras Bestari/ICT
Bawa Bersama
:-
1.     Komputer Riba
2.     Penyambung Wayar (Extension Wire)
3.     Maklumat Berkaitan SPS

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diWAJIBkan hadir ke program tersebut bagi melengkapkan empat (4) modul teras di dalam SPS iaitu :
·        Maklumat Profil Sekolah
·        Pengurusan Kemudahan
·        Pengurusan Guru
·        Pengurusan Murid

Surat panggilan boleh didapati di portal PPD Kinta Selatan atau boleh dimuat turun disini.

Diharapkan pihak sekolah yang terlibat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program tersebut.


Sekian.