E-Borang


PERUBAHAN MAKLUMAT DAN ARAHAN BAGI PENGISIAN STATUS CAPAIAN INTERNET

Perhatian kepada semua GPB/ICT sekolah kelompok.

Terdapat lagi perubahan maklumat bagi pengisian status capaian internet yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2014 ini. Berikut adalah diantara perubahan yang dilaksankan:-

·        Sekolah yang menggunakan teknologi ZOOM perlu melaksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST pada kesemua ZOOM yang ada.
·        Sekolah yang menggunakan teknologi OCPE yang mempunyai ACCESS POINT yang lebih dari 1 juga perlu melaksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST pada kesemua ACCESS POINT tersebut.
·        Penambahan maklumat “IP ADDRESS” didalam borang online dimana maklumat tersebut boleh didapati pada paparan “SPEEDTEST”.
·        Bagi sekolah yang masih mengunakan SBB (Schoolbroadband), anda juga harus melakukan UJILARI/SPEEDTEST untuk membolehkan pihak kami mendapatkan maklumat mengenai status kestabilan talian tersebut.
·        Hanya menggunakan URL http://www.speedtest.net/  sahaja dan memilih SERVER KUALA LUMPUR - YES 4G


Sekiranya anda menghadapi masalah atau keraguan, boleh hubungi PKG Batu Gajah. Mohon maaf atas segala kesulitan. Perubahan terpaksa dilaksanakan berikutan terdapat arahan baru yang diterima baru-baru ini.

Disertakan gambar bagi petunjuk untuk pengisian borang tersebut.  


E-BORANG PENGISIAN STATUS CAPAIAN INTERNET

·        Sistem ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat di peringkat PKG dan membolehkan pihak PKG mengenalpasti tahap kestabilan talian internet 1Bestarinet di sekolah kelompok.
·        Dengan wujudnya sistem ini membolehkan pihak PKG mengajukan permasalahan capaian internet di sekolah kelompok ke peringkat atasan besertakan bukti-bukti yang telah pihak sekolah isi dan lampirkan di dalam sistem ini.
·        Diisi setiap 2 kali seminggu iaitu pada hari SELASA dan KHAMIS sahaja dimana dalam 1 hari perlu dilaksanakan sebanyak 2 kali UJILARI/SPEEDTEST iaitu Slot 1:- 8.00 - 10.00 Pagi dan Slot 2:- 1.00 - 2.30 Petang.
·        Sebelum membuat pengisian, sila baca tatacara pengisian dibawah dan pastikan setiap maklumat yang dikehendaki diperolehi terlebih dahulu.
·        Hanya gunakan link yang diberikan ini http://www.speedtest.net/  sahaja untuk membuat UJILARI/SPEEDTEST

·        Sila klik disini untuk ke E-Borang ini E-BORANG PEMANTAUAN 1BESTARINET


TATACARA PENGISIAN STATUS CAPAIAN INTERNET 1 BESTARINET


1.     Sila laksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST terlebih dahulu. Hanya gunakan http://www.speedtest.net/ sahaja.
2.     Sila pastikan anda memilih SERVER KUALA LUMPUR - YES 4G.
3.     Selepas hasil UJILARI/SPEEDTEST dipaparkan, sila "PRINT SCREEN" hasil tersebut sebagai bahan bukti dan klik pada butang "SHARE THIS RESULT".
4.     Salin/Copy URL yang dipaparkan dan simpan bersama "PRINT SCREEN" sebentar tadi.
5.     Salin/Copy “IP ADDRESS” yang dipaparkan pada ruang kanan bawah.
6.     Setelah selesai proses UJILARI/SPEEDTEST bagi Slot 1/Slot 2, anda boleh mula mengisi borang online yang telah disediakan oleh pihak PKG Batu Gajah.


TATACARA PENGISIAN DALAM BENTUK VIDEO TERKINI

LANGKAH PERTAMA



LANGKAH KEDUA

No comments:

Post a Comment

Sila tuliskan maklum balas anda