Monday, July 18, 2016

PENGISIAN PENARAFAN SSQS TAHUN 2016

PENGISIAN PENARAFAN SSQS TAHUN 2016



Penarafan SSQS bagi tahun 2016 akan dilaksanakan bermula 15 Julai hingga 30 Ogos 2016. Pengisian adalah secara atas talian (ONLINE). Pengisian boleh dilaksanakan dengan melayari laman sesawang SSQS 2016 iaitu http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs/

Bagi panduan pengisian SSQS, sila klik pada bahagian panduan SSQS yang tertera di laman utama tersebut. Mohon membuat semakan bagi bilangan responden yang perlu diisi yang telah diterangkan pada bahagian panduan SSQS 2016. Borang manual boleh dimuat turun pada bahagian panduan SSQS di bahagian  borang manual. Sila “LOG IN” pada bahagian sekolah untuk mendapatkan nombor token bagi setiap responden dan gunakan kod sekolah sebagai kata laluan.

Sebarang masalah boleh menghubungi pihak PKG Batu Gajah. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

Friday, May 06, 2016

BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH SK SERI JAYA TAHUN 2016

Kepada Guru Perpustakaan Media
SK Pengkalan Baharu
SK Seri Jaya
SK Sultan Yussuf
SK St. Bernadette's Convent
SJKC Siputeh
SJKT Changkat
SJKT Tronoh
SMK Yuk Kwan
SMK Dato Bendahara C.M Yusuf
SMK Tronoh

Pihak PKG Batu Gajah akan melaksanakan Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri jaya Tahun 2016. Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti dibawah:-


Tarikh : 11 & 12 Mei 2016
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SK Seri Jaya

Mohon dibawa bersama-sama komputer riba, wayar penyambung & pencetak (sekiranya ada) bagi memudahkan kerja-kerja dalam perbengkelan.

Surat panggilan boleh dimuat turun dibawah.

Tuesday, May 03, 2016

MESYUARAT JKPA BIL.1/2016

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Kelompok PKG Batu Gajah

Pihak PKG Batu Gajah akan melaksanakan Mesyuarat JKPA Bil.1/2016 seperti dinyatakan dibawah.

Tarikh : 5 Mei 2016
Masa : 2.00 - 4.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Seri Jaya

Surat panggilan boleh dimuat turun dibawah


Monday, April 18, 2016

PENGISIAN DATA INISIATIF ICT FASA 1 TAHUN 2016

DATA INISIATIF ICT 2016 (E-DATA)
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT ICT FASA 1 TAHUN 2016

SILA KE MENU PENGISIAN DATA INISIATIF ICT (E-DATA)  TAHUN 2016 UNTUK TATACARA PENGISIAN.