Monday, March 31, 2014

PERUBAHAN MAKLUMAT DAN ARAHAN BAGI PENGISIAN STATUS CAPAIAN INTERNET

Perhatian kepada semua GPB/ICT sekolah kelompok.

Terdapat lagi perubahan maklumat bagi pengisian status capaian internet yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2014 ini. Berikut adalah diantara perubahan yang dilaksankan:-

·        Sekolah yang menggunakan teknologi ZOOM perlu melaksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST pada kesemua ZOOM yang ada.
·        Sekolah yang menggunakan teknologi OCPE yang mempunyai ACCESS POINT yang lebih dari 1 juga perlu melaksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST pada kesemua ACCESS POINT tersebut.
·        Penambahan maklumat “IP ADDRESS” didalam borang online dimana maklumat tersebut boleh didapati pada paparan “SPEEDTEST”.
·        Bagi sekolah yang masih mengunakan SBB (Schoolbroadband), anda juga harus melakukan UJILARI/SPEEDTEST untuk membolehkan pihak kami mendapatkan maklumat mengenai status kestabilan talian tersebut.
·        Hanya menggunakan URL http://www.speedtest.net/  sahaja dan memilih SERVER KUALA LUMPUR - YES 4G


Sekiranya anda menghadapi masalah atau keraguan, boleh hubungi PKG Batu Gajah. Mohon maaf atas segala kesulitan. Perubahan terpaksa dilaksanakan berikutan terdapat arahan baru yang diterima baru-baru ini.

Disertakan gambar bagi petunjuk untuk pengisian borang tersebut.  


Sekian.

Friday, March 28, 2014

PENGISIAN STATUS CAPAIAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET BAGI SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua sekolah kelompok PKG Batu Gajah

Perkara diatas adalah dirujuk mengikut persetujuan di dalam Mesyuarat Pengurusan GPB/ICT PKG Batu Gajah pada 19 Mac 2014. Pengisian ini akan mula dilaksanakan 1 April 2014.

Hasil perbincangan kesemua sekolah bersetuju untuk mengisi Status Capaian Internet 1Bestarinet bagi setiap 2 kali dalam sehari dan 2 kali dalam seminggu. Pihak sekolah haruslah membuat UJILARI/SPEEDTEST bagi capaian internet bagi Slot 1 (8.00 - 10.00 Pagi) dan Slot 2 (1.00 - 2.30 Ptg) dalam 1HARI dan dilaksankan pada setiap hari SELASA dan KHAMIS sahaja.

Terdapat sedikit perubahan dimana pihak sekolah hanya perlu menggunakan url http://www.speedtest.net/ bagi melakukan proses UJILARI/SPEEDTEST dan memilih SERVER KUALA LUMPUR - YES 4G sahaja.

Sila klik pada menu E-Borang untuk arahan seterusnya.

TATACARA PENGISIAN DALAM BENTUK VIDEO


LANGKAH PERTAMA



LANGKAH KEDUA





Wednesday, March 12, 2014

PERLAKSANAAN MESYUARAT PENGURUSAN GPM - GPB/ICT - JKPA PERINGKAT PKG BATU GAJAH

Untuk makluman sekolah kelompok, pihak PKG Batu Gajah akan melaksanakan mesyuarat bagi sekolah kelompok Batu Gajah seperti ketetapan berikut :-

Mesyuarat Pengurusan GPM  
Tarikh 
:-
18 Mac 2014
Hari 
:-
Selasa
Masa
:-
2.30 Petang
Tempat
:-
Bilik Gerakan SK Seri Jaya

Mesyuarat Pengurusan GPB/ICT/JTK
Tarikh 
:-
19 Mac 2014
Hari 
:-
Rabu
Masa
:-
2.30 Petang
Tempat
:-
Bilik Gerakan SK Seri Jaya

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti (JKPA)
Tarikh 
:-
20 Mac 2014
Hari 
:-
Khamis
Masa
:-
2.30 Petang
Tempat
:-
Bilik Gerakan SK Seri Jaya

Surat panggilan mesyuarat telah pihak kami hantar secara pos ke semua sekolah kelompok pkg batu gajah. Pihak sekolah juga boleh memuat turun surat panggilan tersebut seperti dibawah :-

Surat Panggilan MesyuaratPengurusan GPM
Surat Panggilan MesyuaratPengurusan GPB/ICT/JTK
Surat Panggilan MesyuaratPengurusan Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti (JKPA)

Diharapkan pihak sekolah dapat hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Sekian.





Tuesday, March 04, 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN (OBJEK PEMBELAJARAN) VLE


Pusat Kegiatan Guru Daerah Kinta Selatan akan mengadakan satu Bengkel Pembangunan Laman Pembelajaran (Objek Pembelajaran) VLE bagi kesemua sekolah menengah daerah kinta selatan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh     
:-
5 – 7 Mac 2014
Hari        
:-
Rabu hingga Jumaat
Masa        
:-
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat
:-
Pusat Kegiatan Guru Gopeng
Sekolah Kelompok
Batu Gajah
Yang Terlibat

:-
1.     SMK Sultan Yussuf
2.     SMK St. Bernadette’s Convent
3.     SMK Yuk Kwan
4.     SMK Toh Indera Wangsa Ahmad
5.     SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf
6.     SMK Tronoh
Bawa Bersama
:-
1.     Komputer Riba
2.     Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 3
3.     Wayar Penyambung (Extension Plug)

Setiap sekolah yang terlibat perlu menghantar 2 orang guru Sains Tingkatan 3 untuk menghadiri program tersebut. Diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Disertakan surat panggilan program tersebut yang boleh dimuat turun disini atau di portal PPD Kinta Selatan. 

Sekian.