Profail PKG

PENGENALAN

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.


Misi
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan


Visi
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan



OBJEKTIF

       i.            Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
     ii.            Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah
  iii.            Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  iv.            Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
     v.            Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat
  vi.            Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat


FUNGSI

       i.            Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
     ii.            Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
  iii.            Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
  iv.            Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah
     v.            Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
  vi.            Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah
vii.            Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.


Piagam Pelangan

Kami anggota BTP dan PKG Negeri Perak berikrar dengan penuh iltizam melaksanakan dengan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk memenuhi hasrat berikut :
       i.            Memberi perkhidmatan yang sempurna, kemaskini, berkualiti, cekap, bersih dan amanah sepanjang masa.
     ii.            Menyebar dan memperkembangkan program pendidikan berasaskan media dan teknologi dalam pendidikan dengan cepat dan penuh kesungguhan;
  iii.            Bersedia menunaikan permohonan dalam bentuk nasihat dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dalam tempoh satu (1) minggu permohonan diterima.
  iv.            Bersedia melaksanakan permohonan membuat rakam salin bahan audio dan video yang berkaitan dengan alam pendidikan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima bahan dari pelanggan.
     v.            Mengedar sebarang maklumat berkaitan dengan siaran pendidikan, bahan-bahan bercetak dan bahan lain yang berkaitan dengan BTP dan PKG Negeri Perak dalam tempoh satu (1) minggu selepas penerimaannya.