Friday, April 25, 2014

STATUS PENGISIAN CAPAIAN INTERNET DARI 14 APRIL HINGGA 25 APRIL 2014 SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua Guru Data / Penyelaras Bestari/ ICT


Berikut adalah status pengisian capaian internet dari 14 April 2014 sehingga 25 April 2014. Status ini adalah dikutip sehingga jam 4.00 petang sahaja.




Ribuan terima kasih kepada sekolah yang telah memberi kerjasama dalam pengisian kali ini. Diharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam apa jua pengisian data yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.


Sekian

Tuesday, April 15, 2014

STATUS PENGISIAN CAPAIAN INTERNET SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua Guru Penyelaras Bestari/ ICT/ Juruteknik Komputer

Ribuan terima kasih kepada semua sekolah yang telah berjaya mengisi data ini bermula dari 1 APRIL 2014. Kerjasama anda amat kami hargai.


Berikut adalah status pengisian capaian internet sehingga tarikh 11 APRIL 2014.






Status pengisian data ini telah dikemaskini pada 15 APRIL 2014 Jam 6.30 Petang. 

Kepada sekolah yang masih belum membuat sebarang pengisian, diharapkan anda boleh mula mengisi data tersebut. Kerjasama anda amat kami hargai.

Sekian.

Monday, April 14, 2014

SPS: SURAT KEMASKINI DATA SPS SEBELUM 20 APRIL DAN SEPANJANG TAHUN 2014

Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kelompok PKG Batu Gajah

Berikut disertakan surat rasmi memohon semua sekolah melaksanakan kerja-kerja kemaskini data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebelum 20 April 2014.

Surat ini juga jelas memohon kerja-kerja kemaskini data SPS hendaklah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 terutama bila berlaku perubahan maklumat di peringkat sekolah.

Pemantauan data SPS seperti 9 April 2014 mendapati masih terdapat sekolah yang belum selesai kemaskini data berdasarkan modul utama seperti yang dinyatakan di dalam surat. Anda boleh muat turun surat dimaksudkan di bawah.

Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih.

Rujukan :- Portal PPD ---> SPS


Thursday, April 10, 2014

STATUS PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH KELOMPOK PKG BATU GAJAH

Perhatian kepada semua Guru Data / Penyelaras Bestari/ ICT

Kami di PKG Batu Gajah baru sahaja mendapatkan makluman mengenai Status Pengisian Data SPS dimana pihak sekolah harus melengkapkan kesemua modul asas selewat-lewatnya pada hari AHAD 20 April 2014.

Hasil perbandingan dari data E-MIS dengan data yang telah diisi di dalam SPS, didapati diantara kedua-duanya terlalu banyak jurang perbezaan data yang diisi. Contohnya seperti bilangan kemudahan asas di sekolah, bilangan staf & guru, bilangan murid dan lain-lain.

Oleh yang demikian diharapkan kesemua sekolah kelompok PKG Batu Gajah dapat memberi kerjasama dalam menyelesaikan pengisian data ini.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di talian pejabat.


Sekian.