Friday, January 17, 2014

PERTUKARAN PTP 1 & KEMASUKKAN PTP 2 PKG BATU GAJAH


Untuk makluman sekolah kelompok PKG Batu Gajah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, En. Hazhartul Azizidin telah pun berpindah ke SK Padang Changkat, Bota, Perak menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan HEM di sana. Tarikh berkuatkuasa pertukaran tersebut adalah pada 16 Januari 2014 yang lalu.

Untuk makluman juga, PKG Batu Gajah telah mendapat pengganti bagi kekosongan perjawatan Pegawai Teknologi Pendidikan 2 yang telah 2 tahun lebih tidak diisi dimana pengganti tersebut telahpun melaporkan diri pada 16 Januari 2014 yang lalu iaitu EN. Khaizul Nazrim dari PKG Perlabuhan Klang, Selangor.

Selamat datang kami ucapkan kepada PTP2 yang baru. Diharapkan tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan membantu meningkatkan tahap Star Rating PKG Batu Gajah ini.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Sila tuliskan maklum balas anda