Monday, March 31, 2014

PERUBAHAN MAKLUMAT DAN ARAHAN BAGI PENGISIAN STATUS CAPAIAN INTERNET

Perhatian kepada semua GPB/ICT sekolah kelompok.

Terdapat lagi perubahan maklumat bagi pengisian status capaian internet yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2014 ini. Berikut adalah diantara perubahan yang dilaksankan:-

·        Sekolah yang menggunakan teknologi ZOOM perlu melaksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST pada kesemua ZOOM yang ada.
·        Sekolah yang menggunakan teknologi OCPE yang mempunyai ACCESS POINT yang lebih dari 1 juga perlu melaksanakan proses UJILARI/SPEEDTEST pada kesemua ACCESS POINT tersebut.
·        Penambahan maklumat “IP ADDRESS” didalam borang online dimana maklumat tersebut boleh didapati pada paparan “SPEEDTEST”.
·        Bagi sekolah yang masih mengunakan SBB (Schoolbroadband), anda juga harus melakukan UJILARI/SPEEDTEST untuk membolehkan pihak kami mendapatkan maklumat mengenai status kestabilan talian tersebut.
·        Hanya menggunakan URL http://www.speedtest.net/  sahaja dan memilih SERVER KUALA LUMPUR - YES 4G


Sekiranya anda menghadapi masalah atau keraguan, boleh hubungi PKG Batu Gajah. Mohon maaf atas segala kesulitan. Perubahan terpaksa dilaksanakan berikutan terdapat arahan baru yang diterima baru-baru ini.

Disertakan gambar bagi petunjuk untuk pengisian borang tersebut.  


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Sila tuliskan maklum balas anda